Sunday, August 9, 2009

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

  • Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
  • Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

  • Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

  • Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian oti, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

  • Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

  • Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
  • Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

  • Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

  • Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

  • Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

  • Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

  • Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

  • Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

  • Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

  • Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

  • Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
  • Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

  • Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.

  • Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
  • Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

  • Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

  • Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

  • Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
  • Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
  • Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

  • Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

  • Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

  • Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
  • Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
  • Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

  • Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

  • Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
  • Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Thursday, July 30, 2009

SELAMAT BERTUGAS DI ANGGOLIA,MARANG TRG

SALAM,TUAN...........

SELAMAT BERTUGAS DI KEM AKADEMI PERKASA ELIT UPSR 2009 (DAERAH BESUT).
KEPADA SEMUA URUSETIA...TAHNIAH ...ANDA SEMEMANGNYA HEBAT.

KEPADA EN.SOHAIMI....KOMITMEN TUAN SAYA KAGUMI...

SELAMAT BERTUGAS DI ANGGOLIA RESORT MARANG,TRG.

TARIKH:8 /8/2009 HINGGA 12 /8/2009.

RUJUKAN / PANDUAN IBUBAPA

RUJUKAN / PANDUAN IBUBAPA

Banyak cara dan kaedah yang boleh ibubapa memainkan peranan dalam memastikan pendidikan anak-anak mencapai tahap kejayaan yang memuaskan. Tindakan , perhatian, perbincangan , sokongan dan dorongan adalah faktor penggerak untuk anak-anak lebih berjaya dalam pelajaran mereka . Peranan ibubapa amatlah besar dan ibubapa " guru kedua " bagi seseorang murid .

Seorang kanak-kanak terutamanya peringkat rendah ini , tahap kebolehan mereka sentiasa berubah-ubah . Persaingan adalah sengit . Tanpa bantuan dan sokongan ibubapa di rumah , minat, kebolehan dan daya usaha seseorang kanak-kanak boleh menurun . Di sini peranan ibubapa amat penting sebagai pembimbing anak-anak menghadapi era pendidikan global yang masih panjang , berliku dan penuh cabaran ini.

Dibawah ini , diperturunkan beberapa langkah dan cara yang boleh dimainkan oleh seseorang ibubapa . Mungkin cara ini boleh membantu ibubapa sekalian menangani masalah pelajaran anak dan meningkatkatkan lagi keupayaan mereka di masa depan .

Antara kaedah dan cara tersebut ialah : -

1. Sentiasa menyemak buku latihan dan buku kerja anak-anak setiap hari .
2. Sentiasa bertanya mengenai pengajaran pembelajaran guru-guru di sekolah . Apakah mereka tertarik atau sebaliknya .
3. Sentiasa bertanya mengenai masalah kekuatan dan kelemahan anak dalam mata pelajaran. Menyelidik dan mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan anak-anak dalam sesuatu mata pelajaran . Terima dengan positif alasan mereka .
4. Segera membuat tindakan susulan kepada pihak guru samada melalui perbincangan , e-mail dan surat menyurat . Terima dengan
positif jawapan , cadangan dan komentar dari guru tersebut .
5. Merangka jadual waktu pembelajaran anak-anak tanpa mengabaikan aspek-aspek lain . Pastikan anak-anak mengikut jadual
tersebut . Terangkan kepada anak-anak mengapa jadual waktu itu dibuat .
6. Menanyakan anak-anak penglibatan mereka dalam aktiviti ko-kurikulum , jadual / masa aktiviti dan kegiatan .
7. Sokong dan galakkan mereka membaca banyak bahan bacaan lain seperti akhbar, majalah dan komik. ini menyuburkan minda
pengetahuan am dan tatabahasa mereka .
8. Galakkan mereka mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan seperti dengan rakan-rakan dan adik beradik .
9. Pantau dan tahu kawan-kawan mereka . Faktor kawan juga adalah penyumbang kemajuan dan kemunduran anak-anak .
10. Insentif dan hadiah perlu digalakkan dan disebut jika mereka berjaya dalam sesuatu ujian / peperiksaan . Ini akan menyuburkan lagi
minat mereka .
11. Bagi anak-anak di tahap satu , pastikan mereka mampu menguasai kemahiran 3M ( menulis , membaca dan mengira ). Kemahiran
ini SANGAT PENTING untuk mereka di tahap dua . Kemahiran lain seperti penguasaan tulisan jawi , membaca Al-Quran dan amalan
fardhu ain lain juga amat penting dalam menghadapi kehidupan mereka sebagai seorang pelajar muslim .

12.

Sentiasa menghadirkan diri sebarang aktiviti anjuran sekolah atau PIBG . Cara ini amat berkesan untuk ibubapa berhubung terus
dengan pihak sekolah melalui soal jawab dan perbincangan yang lebih mendalam .

Namun begitu , terdapat batasan dan had yang perlu disedari oleh ibubapa dalam menangani masalah pelajaran anak-anak ini . Sebarang tindakan dan cara yang dilakukan biarlah berhemah , berdisiplin dan bertatasusila . Adalah TIDAK WAJAR samasekali menangani isu anak-anak mengikut nafsu , dendam dan perasaan .

Antara kaedah dan cara negatif yang TIDAK WAJAR dilakukan ialah :

1. Menggunakan kekerasan fizikal seperti memukul , merotan dan mendera anak yang gagal . Ini akan menambahkan lagi
ketakutan dan membuatkan mereka fobia untuk belajar .
2. Menggunakan ancaman lisan seperti memaki , menyumpah dan mengugut mereka . Ini akan membunuh semangat mereka untuk
membaiki kelemahan yang sedia ada .
3. Menyerah bulat-bulat mendidik anak-anak kepada guru di sekolah. Pemikiran ini tidak boleh diterima pakai kerana seseorang
guru itu mempunyai 30 - 40 orang murid lain untuk diberi perhatian . Masalah masa juga membataskan perhatian guru .
4. Menyerang dan menyalahkan guru-guru semata-mata jika anak tersebut gagal . Sikap tidak profesional ini akan melunturkan
semangat guru dan menimbulkan persepsi yang negatif ibubapa dan anak tersebut di mata guru . Ia juga akan menjatuhkan
imej dan maruah seseorang guru di kaca mata sekolah dan masyarakat .
5. Membandingkan seseorang guru dengan guru yang lain . Sebenarnya , setiap guru mempunyai kaedah dan teknik pengajaran
mereka tersendiri berdasarkan opsyen mereka .
6. Tidak pernah menghadiri hari terbuka , perjumpaan dan taklimat anjuran sekolah atau PIBG. Aktiviti anjuran pihak sekolah dan
PIBG ini adalah sangat penting untuk ibubapa mengetahui cara pengajaran yang spesifik dan kaedah yang terkini di samping
mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka .

Sesungguhnya apa yang dinyatakan di atas adalah satu bentuk cadangan yang harus diterima pakai dan direnung sedalamnya oleh seseorang ibubapa . Sikap prihatin , kasih sayang , belaian dan psikologi juga adalah faktor tambahan untuk anak-anak lebih cerdas , cergas dan matang dalam kehidupan mereka.

Akhirkata , peranan guru dan ibubapa dalam soal pendidikan anak-anak sehaluan arahnya dan senada pentingnya . Keduanya saling sokong menyokong dan bertaut kukuh . Bagaimana rupa bentuk masa depan , di sinilah umbinya yang sedang di semai. Benarlah sabda Rasulullah SAW " Anak-anak itu umpama lain putih , maka ibubapanya lah yang bertanggung jawab menjadikannya ia Majusi atau Nasrani " .

Sekian , Wallahu Aklam

Wednesday, July 22, 2009

RAKAMAN GAMBAR SEMASA AKADEMI PERKASA ELITE 2009

Kepada semua pelajar-pelajar yang terlibat dengan Akademi Perkasa Elite UPSR 2009(Daerah Besut),disini pihak urusetia ada merakamkan gambar.Kepada pelajar yang gambarnya tidak ada dalam gambar jangan kecil hati....yang ada dlm gambar ...........ni gambarnya........KLIK DISINI UNTUK TENGOK GAMBAR

Saturday, July 18, 2009

CATATAN PEMANTAUAN

1.PN.NORHAZELIN BT ABDULLAH-PENYELIA MATEMATIK JPNT
-Tarikh 16/7/2009,jam 2.30 ptg-pendaftran berjalan dengan baik.Tidak ada masalah.

2..PN.NORHAZELIN BT ABDULLAH-PENYELIA MATEMATIK JPNT
-Tarikh 16/7/2009,jam 8.30 mlm,sesi ke 2 berjalan lancar(matematik)berjalan lancar.

3.EN.MUHAMAD BIN MAT AMIN,UKR JPNT.
-Tarikh 16/7/2009,jam 10.30 mlm,sessi mata pelajaran matematik berjalan lancar.

4.EN.SOHAIMI BINMOHAMED,UKR PPDBESUT.
-Tarikh 16/7/2009,jam 10.35 mlm-Keseluruhan perjalanan Kem berjalan dengan sempurna.Kehadiran semua fasilitator dan Urusetia adalah 100%.Program tamat jam 10.30 malam.

Thursday, July 16, 2009

DATA OT1 3 (PRA PERCUBAAN UPSR) 2009

Penghantaran data epantau OTI 3 ( Pra Percubaan UPSR ) hendaklah dihantar sebelum 15 Julai 2009.Namun demikian sehingga kini masih lagi ada beberapa sekolah yang masih belum menghantar data tersebut .Penyelaras epantau sekolah adalah diharapkan agar berbuat demikian secepat mungkin.Sebarang masalah hendaklah berhubung terus dengan penyelaras zon masing-masing.Kepada sekolah yang telah menghantar data sebagaimana yang ditetapkan berbanyak terima kasih di atas kerja sama.Kekalkan kecemerlangan anda.

Akademi Perkasa ELITE UPSR 2009


Seramai 150 murid daripada PPD Besut terpilih untuk menyertai Akademi Perkasa Elite 2009 ,siri 1 yang diadakan di Hotel YT Mid Town Kuala Terengganu.Akademi Perkasa elite UPSR ini,dibimbing oleh guru-guru pakar dalam bidang masing-masing.Akademi Perkasa Elite UPSR,ini dikendalikan oleh Unit Kurikulum PPD Besut dibantu oleh Team Epantau PPD Besut.Semoga program ini akan membantu meningkatkan prestasi pencapaian UPSR 2009.