Friday, January 13, 2012

SPBA DITANGGUHKAN....

su SBPA : Najib sahkan skim gaji baru ditangguh



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu, yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.
Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan memetik sumber-sumber berkata, Kabinet dalam mesyuarat mingguan semalam telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA atas beberapa sebab, antaranya kerana rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.

Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Ketika dihubungi awal hari ini, pimpinan Cuepacs juga mengesahkan pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan sementara perundingan diadakan dengan mereka.

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata Presidennya Datuk Omar Osman turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengenai penangguhan SBPA.

"Ya betul, SBPA ditangguhkan. Tetapi setakat ini belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan dengan KSN pagi tadi membincangkan perkara ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.

Sementara SBPA disemak semula, dalam kenyataannya Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.

Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.

"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.
Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Sumber : Sinar , 12 Jan 2012

Thursday, November 17, 2011

Keputusan UPSR 2011



Keputusan UPSR 2011 telah diserahkan kepada sekolah-sekolah rendah daerah Besut
pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat PPD Besut.



Semua sekolah dikehendaki membuat analisis UPSR bagi sekolah masing-masing dan di serahkan kepada team ePantau Besut.

Keputusan UPSR 2011 Daerah Besut

Seramai 830 murid telah mendapat 5A (23.75%) meningkat daripada tahun 2010, 760 (21.16%)

Seramai 2611 calon dari 3495 telah mendapat Minima C (74.71%) meningkat berbanding dengan tahun 2010 iaitu hanya seramai 2451 (67.63%)

Sekolah yang mendapat GPS tertinggi
1. SK Kg Bharu Tok Dor - 1.24
2. SK Amer - 1.41
3. SK Tok Dor - 1.43
4. SK Tengku Mahmud - 1.51
5. SK Kuala Kubang - 1.51
6. SK Padang Landak - 1.55
7. SK Kg. La - 1.57
8. SK Lubuk Kawah - 1.60
9. SK Seri Payong - 1.61
10. SK Kerandang - 1.64
11. SK Tengku Mahmud II - 1.65
12. SK LKTP Tenang - 1.66

Sekolah yang mendapat bilangan murid paling ramai 5A
1. SK Tengku Mahmud - 87 calon
2. SK Kg. Raja - 56 calon
3. SK Pusat Jerteh - 44 calon
4. SK Kerandang - 40 calon
5. SK Pengkalan Nyireh - 37 calon

Sekolah yang mendapat Peratus 5A tertinggi

1. SK Kg Bharu Tok Dor - 66.67%
2. SK Tengku Mahmud - 51.18%
3. SK Amer - 42.59%

Sekolah yang mendapat peratus Minima C tertinggi

1. SK Kuala Kubang - 95.65%
2. SK Felda Selasih - 95.45%
3. SK Amer - 94.44%
4. SK Tengku Mahmud - 91.76%
5. SK Tengku Mahmud 2 - 90.00%

Tahniah kepada semua yang berjaya dengan cemerlang.

Thursday, June 9, 2011

Murid tahun 6 wakili negara


BESUT - Adik Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, bukan sahaja khatam al-Quran seawal usia 6 tahun 6 bulan, tetapi paling membanggakan, dia satu-satunya kanak-kanak di negara ini bakal mewakili negara ke Pusingan Akhir Majlis Tilawah Al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar.

Pertandingan itu adalah anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV kanak-kanak Al-Jazeera.

Anak kepada pasangan guru, Nurunnajmi Yaacob, 40, yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong, Hulu Besut dan Sauzan Ibrahim, 39, tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Wataniah itu, bakal berlepas ke negara Timur Tengah itu, dijangka penghujung bulan ini.

Menurut Nurunnajmi, anak perempuannya yang belajar di SK Lubuk Kawah itu terpilih mewakili negara selepas melalui dua saringan yang diadakan kerajaan Qatar.

4,000 kanak-kanak seluruh dunia jalani saringan, 63 terpilih termasuk Nurussyahamah

“Saringan pertama diadakan pada 17 Februari lalu di Kuala Lumpur bersama 49 orang dari seluruh negara, dan hanya tiga daripada mereka termasuk anak saya terpilih untuk ke saringan peringkat kedua pada April lalu.

Nurunnajmi yang menjadi guru al-Quran dan taranum anaknya itu berkata, daripada 63 orang itu pula, tiga orang akan dipilih kerajaan Qatar untuk menentukan yang terbaik dalam pertandingan yang akan diadakan Ramadan ini.
Menurutnya, beliau membimbing anaknya membaca al-Quran secara berlagu dan tajwid bukan semata-mata mahu mengejar kejayaan dalam pertandingan, tetapi ia sebagai ilmu buatnya, manakala pertandingan hanya sampingan untuk memastikan setiap kesalahan dan kelemahan diperbaiki.

“Saya turut membawa anak saya belajar tajwid dan taranum daripada bekas Johan Tilawah al-Quran Antarabangsa 1999, Che Yahya Che Daud di Bachok, Kelantan,” kata guru itu mengenai anak kedua daripada empat beradik, yang semuanya perempuan itu.

“Dari umur 6 tahun setengah hingga 8 tahun pula, dia khatam al-Quran sebanyak empat kali dan setakat ini, dia pernah menjadi johan j-Qaf peringkat negeri pada 2007 dan 2008, tiga kali wakil negeri ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan peringkat sekolah-sekolah, selain pernah merangkul Naib Johan Kebangsaan,” katanya.

Tuesday, May 10, 2011

BENGKEL TOT

Bengkel TOT untuk guru mata pelajaran UPSR sekolah rendah daerah Besut 2011 akan diadakan seperti jadual berikut: