Tuesday, February 1, 2011

MEMO E PANTAU BAGI DATA TOV TAHUN 2011

Kepada,

Semua Guru Besar

SR Daerah Besut

Tuan/Puan,

DATA E PANTAU TOV TAHUN 2011

Pohon tuan/puan memaklumkan kepada semua penyelaras e-Pantau sekolah agar bersedia untuk menghantar data markah TOV TAHUN 2011.

2. Bagi tahun bagi tujuan pengumpulan AWAL, JK ePantau Daerah Besut akan membuat pengumpulan pada 09 Feb 2011 (RABU) sebelum dihantar ke JPNT pada 14 Februari 2011 (rujuk surat JPNT P.T.18003-08( 59 )).

3. Data yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui e-mail ke alamat epantaubesut@gmail.com


4. Sebarang masalah dalam pengisian data dan penghantaran data boleh hubungi terus JU e-Pantau Zon masing-masing.

Zon

Nama JU

Sekolah

No. Telefon

Kuala Besut

En. Ahmad Tarmizi b Alias

SK Kuala Besut

014-2958935

En. Lan Hawari b Sidek

SK Kg. Baharu

014-5059765

Raja

En. Mohd Zulkifli b Mat Salleh

SK Tanah Merah

019-9320167

En. Mohd Pidza b Yusof

SK Gong Bayor

013-9462570

Jerteh

En. Lokman b Yahya

SK Pusat Jerteh

017-9741494

En. Rosli b Jusoh

SK Pelagat

019-9979329

Hulu Besut

En. Nor Mazlan b Alang Ahmad

SK. Keruak

019-9851926

En. Mohd Sabri b Mohd Noor

SK Lubuk Kawah

017-9408005

Jabi

En Azmi b Abdullah

SK B.Tempurong

017-9637618

En. Mohd Adib b Salleh

SK Jabi

017-9692039

5. Sila pastikan Target TOV sama dengan target yang disasarkan. Sila lihat lampiran yang disertakan.

Kerjasama amat diharapkan dalam tujuan ini dan didahului dengan ucapan terima kasih.

UKR PPD BESUT

Lampiran Panduan Pengisian TOV ePantau

Sebelum membuat perubahan pada maklumat, sila backup dengan membuat salinan fail SMM dalam drive C ke drive yang lain/pendrive/cd.

SMM (Daftar)

1. Pastikan semua murid didaftar dalam sistem SMM, Tahun 1 hingga Tahun 6.

2. Pendaftaran murid adalah berdasarkan nombor pendaftaran. Jika ubah nombor daftar murid (sedia ada) maka akan berubah jika maklumat dan markah yang sedia ada.

3. Pastikan Jantina Lelaki/Perempuan (sistem auto – Lelaki)

4. Semak STATISTIK MURID untuk semak jumlah murid di dalam kelas dan keseluruhan murid.

5. Jika murid tiada/berpindah, sila klik BERTUKAR SEKOLAH dan isi tarikh pindah.

6. Jika ingin baiki nama/kelas sila ke SEMAK MAKLUMAT MURID.

7. Jika ingin lihat/cetak senarai nama murid ikut kelas, sila ke PENDAFTARAN MURID.

SPP (Exam)

Pengisian Markah TOV dan Penentuan ETR

1. Sila klik AUDITAN HASILAN

2. Semak UJIAN PERTENGAHAN TAHUN LEPAS dan UJIAN AKHIR TAHUN TAHUN LEPAS, pastikan semua ada markah bagi murid mengikut kelas.

3. Jika tiada sila baiki atau penuhi markah tersebut, sila kembali ke Muka Utama dan klik UJIAN SEMESTER 1 dan AKHIR TAHUN. Sila Edit Ujian Tahun Lepas/Edit Ujian Lepas. Bagi Tahun 1 (baru daftar) sila isi markah 50 untuk semua murid.

4. Sila klik AUDITAN HASILAN semula

5. Sila isi markah ujian pengesanan 2011 pada UJIAN RAMALAN 1

6. Sila isi markah ujian kertas sebenar UPSR 2010 untuk T6/ Ujian AT untuk T2-T5 pada UJIAN RAMALAN 2

7. Sila isi Judgment Guru

8. Semak TOV

9. Sila Buat PENETAPAN OTI untuk semua mata pelajaran, hanya isi markah pencapaian yg patut dicapai oleh murid tersebut berdasarkan markah TOV pada ruangan OTI5 sahaja. Bila siap bagi setiap kelas, sila klik KEMASKINI PROJECTION OTI.

10. Sila ke Muka Utama dan Klik PENETAPAN ETR untuk menyemak Target Sebenar UPSR 2011, sila semak nama murid yang terpapar dan bandingan dengan keupayaan sebenar murid di Tahun 6. Jika tidak capai sasaran, sila ulangi langkah 9 dan 10 untuk membuat pembaikian.

11. Setelah selesai sila BACKUP DATA SPP dan SMM.

12. Hantar data SPP untuk TOV dengan klik EKSPORT DATA KE PDD.

CARA EXPORT DATA SPP

1. Menu utama SPP , Klik EKSPORT DATA KE PDD

2. Eksport tanpa guna disket, klik YES bila keluar paparan Masukan Disket Dalam Drive A

3. Teruskan proses sehingga keluar paparan EKSPORT SELESAI

4. Sila ke buka Drive C dan pilih folder SMM

5. Buka folder SMM

6. Sila Pilih folder ppd

7. Semak semak fail text iaitu dspp1 hingga dspp8

8. Semak tarikh, pastikan tarikhnya ada tarikh semasa/terkini

9. Sila zipkan kelapan-lapan fail tersebut.

10. Renamekan nama fail zip dengan nama singkatan sekolah, nama ujian, tahun (Contoh SKTM TOV 2011)

11. Hantarkan fail zip tersebut dengan menggunakan email ke alamat email epantaubesut@gmail.com.

12. Sila maklumkan nama penyelaras epantau dan no telefon HS, setiap kali hantar data untuk senang dihubungi jika ada masalah yang timbul.

PERINGATAN PENTING:

SETIAP KALI SELESAI PROSES PENGISIAN MARKAH, SILA BACKUP DATA SMM DAN SPP. COPY FOLDER SMM KE DRIVE YG LAIN/PENDRIVE/CD UNTUK MENGELAKKAN KEHILANGAN DATA.

Terima kasih atas kerjasama dan sumbangan masa serta tenaga cikgu-cikgu setiap kali pengisian data dan penghantaran data ePantau. Kesabaran anda amat-amat kami hargai. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

JK EPANTAU DAERAH BESUT 2011.

No comments:

Post a Comment