Thursday, February 17, 2011

Pengumpulan Data TOV ePantau 2011





Pasukan ePantau Daerah Besut telah berkumpul pada 17 Febuari 2011, di bilik Mesyuarat PKG Raja bagi mengumpul data markah TOV yang telah dihantar oleh Penyelaras ePantau sekolah masing-masing melalui email epantaubesaut@gmail.com. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa buah sekolah yang masih mengalami masalah berkaitan dengan sistem ePantau. Kebanyakkannya disebabkan masalah komputer.
Dinasihatkan kepada penyelaras ePantau Sekolah agar sentiasa membuat backup sistem atau copy sistem tersebut setiap kali selepas isi markah ujian. Pihak pasukan ePantau Besut sentiasa bersedia untuk menyelesaikan masalah sekolah masing-masing berkaitan sistem ini.
Pasukan ePantau Besut berharap pada tahun ini, dapat meneruskan khidmat cemerlang bagi menjadikan daerah Besut terus mengungguli kegemilangan dalam keputusan UPSR, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment